Jika ingat akan artikel ni tahun lepas (uuuu... lamenye... hehe) inilah sambungannya... boleh ambik untuk assignment ni... hehe... Mg mengambil iktibar daripada penulisannya...
Permulaan
dan Ciri-ciri Tamadun Islam
Di zaman jahiliah, manusia
hidup dalam keadaan yang tidak berakhlak. Di nyatakan oleh Safiyyur Rahman Al
Mubarakfuri di dalam kitabnya ‘Sirah Nabawiyyah SAW’ di halaman 44, antara cara
perkahwinan masyarakat arab jahiliah
Sekumpulan lelaki yang tidak
melebihi 10 orang akan berkumpul lalu menyetubuhi seorang wanita. Semua mereka
tanpa terkecuali menyetubuhinya. Apabila wanita itu hamil dan melahirkan anak
maka dihantarnya utusan kepada lelaki-lelaki itu. Tidak seorang pun
lelaki-lelaki itu yang berupaya untuk mengelak diri melainkan semuanya terpaksa
datang berkumpul di sisi wanita itu. Kemudia wanita itu akan berkata kepada
mereka: kamu semua tahu apa yang kamu lakukan dan sekarang aku telah melahirkan
anak. Anak ini ialah anak kamu hai si polan. Lalu wanita itu menamakan salah
seorang lelaki yang disukainya dikalangan mereka, dan anak itu pun dinasabkan kepadanya.[1]
Kenyataan ini sahaja telah
menggambarkan keburukan akhlak masyarakat ketika itu. Bukan itu sahaja pelbagai
lagi kecelaruan berlaku seperti menilik nasib menggunakan anak panah, menanam
atau membunuh anak perempuan dan sebagainya.
Di Kerajaan Rom Kuno pula
terdapat satu jalan penyelesaiaan yang zalim dalam menyelesaikan masalah
populasi masyarakat ketika itu. Iaitu dengan cara mencari dan menangkap
perempuan-perempuan yang berada di kampung berhampiran dan membawanya ke Kota
Rom. Perempuan-perempuan ini seterusnya dirogol dan dipenjarakan sehingga
melahirkan anak. Perkara ini diceritakan di dalam buku Tamadun Rom susunan Dr
Sivacitandralingam dan Ayudurai Letchumanan[2].
Nabi Muhammad SAW telah dilantik
menjadi Rasulullah oleh Allah SWT ketika berumur 40 tahun dengan membawa akhlak
dan budi pekerti yang mulia. Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 128:
ôs)s9 öNà2uä!%y` Ñ^qßu ô`ÏiB öNà6Å¡àÿRr& îÍtã Ïmøn=tã $tB óOGÏYtã ëÈÌym Nà6øn=tæ úüÏZÏB÷sßJø9$$Î/ Ô$râäu ÒOÏm§ ÇÊËÑÈ
Sesungguhnya telah datang
kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad
s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung
oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang
beriman.[3]
Nabi Muhammad SAW adalah
lelaki yang berakhlak mulia dan cucu kepada pemimpin besar Mekah Abd Mutalib
daripada keluarga atau keturunan Bani Hashim. Ibunya Aminah seorang perempuan
yang baik dan daripada keturunan yang baik. Ayahnya pula seorang peniaga yang
baik dan disayangi oleh abang-abang dan datuknya.
Maka bermulalah satu
pembaharuan atau satu penghijrahan kepada umat manusia yang dibawa oleh seorang
Nabi yang adil dan bijak sehingga digelar oleh orang-orang arab Mekah sebagai
Al-Amin. Baginda melalui keperitan dan kegetiran selama 23 tahun berdakwah
secara berperingkat mengikut wahyu daripada Allah SWT. Wahyu adalah sandaran
ataupun pegangan Tamadun Islam dan menjadi nadi berkembangnya tamadun ini ke
serata dunia. Selama 3 tahun secara sulit dan 10 tahun secara terbuka di Mekah
serta 10 tahun genap lagi secara terbuka di Madinah, Rasulullah SAW
menyampaikan wahyu daripada Allah sebagai ikutan dan amalan juga diterapkan ke
dalam kehidupan kaum muslimin. Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW melalui Jibril AS amat bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia.
Maka gabungan ini membuatkan manusia menyusun kehidupan dengan fikiran yang
dipasak oleh wahyu dan perintah Allah SWT di dalam Al Qur’an. Tidak itu sahaja
ianya disokong dan diperkemaskan lagi dengan Hadith dan Sunnah Rasulullah SAW.
Antara aspek-aspek yang
diterapkan Rasulullah SAW sehingga lahirnya Tamadun Islam yang begitu baik
ialah
dorongan ilmu dan pengetahuan Islam. Faktor dorongan ajaran Islam ini
membuatkan manusia menuntut ilmu dan pengetahuan Islam serta mengamalkannya
sehingga ianya menjadi contoh teladan buat manusia lain. Malah satu kewajipan
dalam individu muslim untuk memperlihatkan kejayaan dengan mengamalkan cara
hidup Islam di dalam diri dan masyarakat[4].
Selain itu Nabi
Muhammad SAW menekankan aspek Rabbani atau ketuhanan di dalam penyampaian,
perbuatannya dan amalannya supaya menjadi contoh buat sahabat-sahabat dan
muslimin seluruhnya. Aspek ini sangat menyerlahkan ketamadunan Islam itu
sendiri. Setiap gerak-geri dan perbuatan diikhlaskan kerana Allah dan
semata-mata mengharapkan reda Allah SWT. Allah SWT yang memberikan kuasa dan
punca segala kehidupan, maka manusia sekadar pemegang amanah.
Nabi Muhammad SAW
telah berjaya membuktikan bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang tidak
memaksa dan meringankan. Ini membuatkan seluruh muslim dapat menyesuaikan diri
dan sedia beramal dengannya. Sudah tentu Allah SWT tidak membebankan manusia
dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja orang
muslim tetapi ianya turut dirasai dan dinikmati oleh orang bukan Islam yang
bernaung di bawah panji Islam sekitar pemerintahan Rasulullah SAW dan juga
kuasa-kuasa Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Akhlak mulia yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW telah membuatkan orang menerima agama Islam
sebagai agama yang sempurna, lengkap dan syumul atau menyeluruh. Agama Islam
yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW juga adalah agama untuk seluruh manusia
sejagat dan tidak terhad untuk sesuatu bangsa atau kaum, tempat atau kawasan,
masa dan budaya. Ini adalah antara ciri-ciri yang menguatkan Tamadun Islam.
Kesatuan amat terserlah di
dalam Tamadun Islam dari pelbagai kaum dan bangsa menjadi satu dibawah akidah
Islam yang suci. Walaupun berbeza warna kulit, budaya, percakapan dan
sebagainya tetapi akidah yang kukuh menyatukan kesemuanya di bawah panji Islam
yang syumul.[5]
Setiap yang dicapai oleh manusia dan masyarakat seluruhnya adalah menunjukkan
keimanan yang lahir daripada akidah yang kukuh. Ini dibuktikan lagi di dalam sebuah kitab bertajuk
‘Sirah Nabawiyyah SAW’ oleh Safiyyu Ar Rahman Al Mubaraakfuri di halaman 683
yang menyatakan ketika khutbah perpisahan iaitu sebelum kewafatan Nabi muhammad
SAW, baginda telah berkhutbah dihadapan 124,000 (atau 144,000) orang sahabat[6].
Tugas Rasulullah SAW bukan
sekadar berdakwah, tetapi mendidik dan mentarbiah para sahabat sehingga lahir
tokoh-tokoh Islam cemerlang seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab,
Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah, Khalid Al Walid dan ramai
lagi. Para sahabat inilah yang telah membawa Islam ke serata dunia. Didikan dan
ajaran Rasulullah SAW melahirkan tokoh-tokoh hebat dalam kepimpinan, ilmu
Al-qur’an dan tafsir, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran negara dan sebagainya.
Sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah.
Dan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah
penguasaan orang Islam
[1] Safiyyu
ArRahman AlMubarakfuri. (2004). Sirah
Nabawiyyah.Kuala Lumpur: Yayasan dakwah Islamiah Malaysia. M/S: 44
[2] Dr Sivachandralingam Sundara Raja,
Ayadurai Letchumanan.(2008). Tamadun Rom. Shah Alam: Karisma Publications Sdn
Bhd
[3] Al Quran. Surah At Taubah:128.
[4] Mashitah
Sulaiman,Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2011).Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.Bandar baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia. m/s:57
[5] Mashitah
Sulaiman,Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2011).Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.Bandar baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia. m/s:57
[6] Safiyyu
ArRahman AlMubarakfuri.(2004).Sirah
Nabawiyyah.Kuala Lumpur: Yayasan dakwah Islamiah Malaysia.m/s:697
Tiada ulasan:
Catat Ulasan