Ahad, 4 November 2012

Tamadun Islam dan Tamadun Barat 3: Perkembangan Sejarah Islam

Siri ke-3 penulisan ilmiah tentang Tamadun Islam dan perbandingannya dengan Tamadun Barat. Semoga memberi manfaat kepada generasi muda Islam masa kini...

Ringkasan Sejarah Perkembangan Tamadun Islam.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Cukuplah dengan menilai semula pidato Sulaiman Al Qanuni yang mengambarkan kekuasaan Islam sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dalam deklarasi Bender, 1536 Masihi:

“Aku Hamba Allah dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah umat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad SAW, iaitu Al Qur’an adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya disebut-sebut dalam khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad, Caeser kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota dantahta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri. Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah Moldavia”[1]

Pidato ini dipetik daripada buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh, tulisan Muhammad Syaari Abd Rahman di halaman xxvi. Ianya sudah memadai untuk menggambarkan kekuatan dan kekuasaan Islam.

Zaman Khulafa’ Ar Rasyidin

Zaman Khulafa Ar Rasyidin yang bermula pada 632 Masihi sehingga 661 Masihi menghimpunkan beberapa siri pembinaan Tamadun Islam. Antaranya ialah pengumpulan dan penulisan Al-Qur’an pada 633 Masihi. Ketika itu Abu Bakar As Siddiq adalah sebagai khalifah. Selepas kematian Abu Bakar pada tahun 634 Masihi, Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah dan memperluaskan penaklukan Islam ke Damsyik, Parsi, Syria, Mesopotamia, Palestin, Mesir dan Baitul Maqdis. Ketika ini juga Madinah membuat duit syiling iaitu pada tahun 640 Masihi. Dan selepas itu Umar Al Khattab mati dibunuh pada tahun 645 Masihi.[2]

Saidina Uthman bin Affan telah mengambil alih pemerintahan dan melancarkan beberapa kempen serangan di Afrika Utara dan Byzantine. 647 Masihi telah berjaya menumpaskan Parsi. Namun selepas itu berhadapan pula dengan tentangan terhadap pemerintahannya 648 Masihi dan akhirnya mati dibunuh pada tahun 656 Masihi.

Selepas Ali bin abi Talib dilantik menjadi khalifah, berlakunya satu peperangan yang dinamakan peperangan Jamal. Dan ketika itu pusat pemerintahan dipindahkan ke Kufah pada 657 Masih. Pada 659 Masihi Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah dan Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik. Saidina Ali mati dibunuh pada 661 Masihi dan tamatlah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin manakala Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummayyah.

Zaman Bani Ummayyah

                Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah 661 Masihi. Berjaya menakluki Kabul, Samarkand dan Tirmiz pada 670 hingga 677 Masihi. Muawiyah turut melancarkan kempen serangan ke atas Constantinople dan mati pada 680 Masihi.[3]
Yazid I telah menaiki takhta selepas itu dan era ini berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Hussein. Pada tahun 685 Masihi Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan juga turut melancarkan kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara pada 700 Masihi. Pemerintahannya pada tahun 711 Masihi menyaksikan penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana juga pada tahun 713 Masihi tentera Islam menakluk Multan. Satu serangan ke atas Constantinople telah dilakukan tetapi tidak berjaya sama seperti kempen-kempen serangan sebelum ini.
Pada tahun 717 Masihi, Umar bin Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah melalui wasiat khalifah sebelum ini. Pembaharuan yang hebat telah dijalankan. Tentera Islam juga turut menawan Nimes di Perancis pada tahun 725 Masihi. Pada tahun 749 Masihi menyaksikan kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah dan tentera Iraq ditangan tentera Abbasiyyah. Seterusnya Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah dan kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah disaksikan pada tahun 750 Masihi[4].

Kerajaan Abbasiyyah

Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah adalah pada tahun 752 Masihi. Pemberontakan Abdullah bin Ali ketika itu menyebabkan pembunuhan Abu Muslim berlaku. Maka pada 756 Masihi, Abd Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol. Namun selepas penubuhan kota Baghdad pada tahun 763 Masihi, tentera Abbasiyyah telah mengalami kekalahan di Sepanyol.
Sultan Harun Ar Rashid telah dilantik menjadi khalifah pada 786 Masihi. dan melancarkan serangan ke atas selatan Perancis 792 Masihi. Pada eram inilah kaedah sainstifik dicipta juga Algebra telah berjaya dicipta oleh Al-Khawarizmi. Beberapa kempen menentang Byzantine,  Pulau Rhodes dan Cyprus dilancarkan dan mendapat kejayaan. Namun pada tahun 809 Masihi menyaksikan kewafatan Sultan Harun Ar Rashid dan Al-Amin dilantik menjadi khalifah seterusnya.[5]
Pada tahun 814 Masihi, perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun telah berlaku dan Al-Amin terbunuh manakala Al-Ma'mun telah dilantik menjadi khalifah. Beberapa peristiwa besar berlaku di antaranya ialah Masjid Besar Cordoba siap dibina, Multan dan Ghur ditawan diantara 1000 Masihi dan 1005 Masihi. Namun pada tahun 1055 Masihi, Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk dan pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula.
Kerajaan Abbasiyyah-Seljuk telah kekal memerinyah sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad dan Tamadun Islam mengalami kejatuhan. Muhammad Syaari Abd Rahman di dalam bukunya Kuasa Kepemimpinan Al Fateh ada menyebutkan kekejaman dilakukan tentera Mongol:
‘Apabila umat Islam tergelincir daripada orbit Islam, kehinaan yang menakutkan ditimpakan keatas mereka. Ini persis apa dilakukan oleh 200,000 tentera Hulagu Khan ke atas 80,000 nyawa umat Islam dan Khalifah terakhir Abbasiyyah, Al Muktasim Billah. Khalifah , para Pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke Sungai Tigris. Bangunan–bangunan yang menjadi saksi ketamadunan Islam yang mempelopori sains dirobohkan. Hulagu Khan memusnahkan bahgdad dengan selogan datuknya, “Perkara yang nikmat dalam hidup kita adalah mengalahkan musuh, memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka.” ’[6]
Sebelum daripada peristiwa menyayat hati ini, turut berlaku beberapa siri peperangan Salib, iaitu antara sejarah peperangan besar dalam perkembangan Tamadun Islam. 1095 Masihi peperangan Salib pertama berlaku. Tentera Salib telah menawan Baitulmuqaddis dan membunuh semua penduduknya. 1144 Masihi, Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian dan mencetuskan peperangan Salib kedua. 1187 Masihi, Salahuddin Al-Ayubbi berjaya menawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib yang ketiga tetap berlaku pada tahun 1194 Masihi dan tahun itu turut menyaksikan tentera Muslim menawan Delhi di India. 1236 Masihi Tentera Kristian berjaya menawan Cordoba di Sepanyol. Dan pada 1258 Masihi Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad.
Kebangkitan Islam kembali berlaku pada tahun 1260 Masihi di mana Kerajaan Bani Mamluk di Mesir iaitu merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah & Madinah. Pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz ketika itu telah berjaya menyatukan dan membetulkan kembali sistem pemerintahan Islam serta memelihara kembali kesucian Islam di dalam pentadbiran negara termasuklah menghapuskan rasuah. Atas usaha beliau tentera Islam telah berjaya menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.

Kerajaan Uthmaniyah
Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah kerajaan Islam Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia pada tahun 1299 Masihi. Pada tahun 1301 Masihi, Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan dengan itu tertubuhnya Empayar Baru Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1345 Masihi, tentera Islam Turki Seljuk telah menyeberangi Selat Bosporus dalam memperluaskan penguasaan dan kemenangan pada tahun 1389 Masihi apabila tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo. Namun Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara pada tahun 1402 Masihi.[7]
Pada tahun 1451 Masihi Sultan Muhammad Al Fateh menjadi pemerintah di bawah Kerajaan Islam yang kuat dan hebat. Banyak kajian dan telitian dilakukan oleh Sultan Muhammad Al Fateh. Terutamanya dalam kempen serangan ke atas Kota Constantinople sebelum ini. Constantinople akhirnya  ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh pada tahun 1453 Masihi dan berakhirlah Empayar Byzantine. Sultan Muhammad Al Fateh telah memerintah dan mengendalikan 28 kempen peperangan sehinggalah baginda mati diracun pada tahun 1481 Masihi.
Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan pada tahun 1520 Masihi. Pada Tahun 1526 Masihi berlaku peperangan Mohacs. 1529 Masihi serangan dan kepungan ke atas Vienna dilakukan oleh tentera Islam dan pada 1571 Masihi Perang Lepanto pula berlaku. Sultan Sulaiman menggambarkan pemerintahannya dalam satu pidato:

“Aku Hamba Allah dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah umat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad SAW, iaitu Al Qur’an adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya disebut-sebut dalam khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad, Caeser kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota dantahta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri. Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah Moldavia”. Sumber daripada buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh oleh Muhammad Syaari Abd Rahman.[8]

Pada Tahun 1641 Masihi pemerintahan di ungguli oleh Sultan Muhammad IV. Serangan dan kepungan ke atas Vienna berlaku buat kali kedua. Dan Sultan Muhammad IV meninggal dunia 1687 Masihi. Beberapa siri peperangan dan pembaharuan serta kemerdekaan tanah-tanah Barat dan Eropah telah berlaku sehinggalah 1914 Masihi. Ketika ini Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
Kekalahan demi kekalahan berlaku dan pada tahun 1919 Masihi,  Mustafa Kamal At Tatturk mendarat di Samsun dan berusaha memusnah dan mengucar-kacirkan sistem kesultanan dan akhirnya dihapuskan. Berikutan itu Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik dan detik sejarah sedih berlaku 1924 Masihi apabila pejabat dan sistem khalifah di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dihapuskan. Maka tamat pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah dan tiada lagi selepas itu kebangkitan berlaku dalam Tamadun Islam hingga kini.[9]



[1] Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011). Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S: xxvi.
[2] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[3] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[4] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[5] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[6]Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011). Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S: xxvi
[7] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[8] Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011). Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S: xxvi
[9]“http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"

HALAL: Badan Islam Di Iktiraf JAKIM

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Sabtu, 3 November 2012

With My EOS650D 2

Salam buat teman2 semua... di bawah adalah hasil2 tangkapan spontan saya... saya menunggu-nunggu jika ada sahabat yang sudi nak tunjuk ajar... Mg Allah mudahkan...

 Tutup standard lens Canon

 Bola Umar Tsaqif... sepah je.. marah ummi nanti Mar...

Salah sebuah restoren di Tampin... klasik 

Langsir rumah pun jadi mangsa tangkapan... hehe

Sekian... Terima kasih.

Sheikh Abdullah Azzam (1941-1989)


          Segala Puji bagi Allah SWT yang memberikan hidayah kepada manusia. Alhamdulillah kerana saye pade pagi yang indah hari ini mendengar satu penyampaian yang benar-benar menempelak kejinakan dan kemanjaan diri ini. Satu tazkirah Subuh yang patut didengari oleh ramai pemuda Islam. Penyampaian yang santai tetapi mampu memberi impak kepada anda untuk terus mengkaji tentang insan ini... ASY-SYAHID SHEIKH ABDULLAH AZZAM...
             Serba sedikit tentang SHEIKH ABDULLAH AZZAM ialah beliau seorang yang suka berzikir dan kebanyakkan masanya banyak memegang tasbih sambil meneruskan kerja-kerja rutinnya. Seorang yang bijak dan menerima banyak tawaran Universiti Antarabangsa sebagai pensyarah. Namun semuanya ditolak untuk memenuhi keperluan di medan Peperangan Afghanistan-Russia era 80an. Beliau juga mengajar anak2nya supaya tidak bercakap sia-sia, tidak mencela atau menghina. Pernah beliau menyuruh anak-anaknya diam untuk tempoh yang lama dan sesiapa yang berjaya dihadiahkannya dengan 100 rupee semata-mata untuk mengajar anak-anaknya supaya menjaga lidah daripada berkata yang sia-sia. Selepas beliau syahid dibunuh oleh musuh Islam perkataan yang keluar daripada mulut isterinya apabila ditanya ialah...Tahniah... (kerana impian Sheikh Abdullah tercapai untuk syahid dalam menegakkan kalimah Allah SWT). Dan anaknya yang berumur 5 tahun pula apabila ditanya... Kemana ayahmu?... Dengan yakin anak kecil itu menjawab ... Ayahku di syurga... Semoga diri ini akan berusaha agar berada pada Dimensi Amal yang baik seperti SHEIKH ABDULLAH AZZAM...

Sejarah Ringkas... (Dipetik drpd: www.amanpalestin.net)
Abdullah Yusuf Azzam dilahirkan di salah sebuah kampung di Utara Palestin yang dikenali sebagai Selat al-Harithia di daerah Jenin pada tahun 1941. Bapanya bernama Mustaffa yang meninggal dunia setahun selepas pembunuhan anaknya. Ibunya pula bernama Zakia Saleh yang meninggal dunia setahun sebelum Sheikh Abdullah Azzam dibunuh. Ibunya dikebumikan di kem Pabi, Pakistan.


Beliau dari keluarga yang baik dan amat kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Keluarga beliau amat menyayanginya. Beliau juga amat istimewa berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sewaktu kecil. Ini kerana beliau amat kuat beragama, pintar dan mula menyebarkan dakwah pada usia yang masih muda. Rakan-rakan beliau mengenali beliau sebagai seorang yang warak dan amat disenangi oleh semua. Guru-guru beliau melihat keistimewaan ini sejak beliau di bangku sekolah lagi dan beliau amat disayangi oleh mereka. Beliau menyertai gerakan al-Ikhwan-ul-Muslimin sebelum mencapai usia baligh lagi hasil didikan guru-gurunya yang terlibat dengan gerakan tersebut.

Sheikh Abdullah Azzam telah dikenali kerana ketabahan dan sifat beliau yang serius sejak beliau masih kecil lagi. Beliau menerima pendidikan awal peringkat sekolah rendah dan menengah di kampung beliau sebelum menyambung pelajaran beliau di Kolej Pertanian Khadorri sehingga ke peringkat Diploma. Walaupun beliau merupakan pelajar termuda di kalangan rakan-rakannya yang lain, namun beliau merupakan yang paling pandai dan bijak. Setelah menamatkan pengajian di Kolej Khadorri beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah kampung bernama Adder di Selatan Jordan. Kemudian beliau menyambung pengajian di Kolej Shariah di Universiti Damsyik sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Shariah pada tahun 1966. Selepas pihak Yahudi menawan Tebing Barat pada tahun 1967, Sheikh Abdullah Azzam berhijrah ke Jordan, kerana beliau tidak mahu tinggal di bawah penjajahan Yahudi di Palestin. Pengalaman melihat kereta-kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tebing Barat tanpa apa-apa tentangan meningkatkan azam beliau untuk berhijrah bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk berperang.

Pada lewat 1960an beliau menyertai Jihad menentang penjajahan Israel di Palestin dari Jordan. Pada ketika itu juga beliau menerima Ijazah Sarjana di dalam bidang Shariah dari Unversiti al-Azhar. Pada tahun 1970 sesudah Jihad terhenti kerana kekuatan PLO dipaksa keluar dari Jordan, beliau menjadi seorang pensyarah di Universiti of Jordan di Amman. Pada tahun 1971 beliau dianugerahkan biasiswa ke Universiti al-Azhar di Kaherah di mana beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Usul al-Fiqh pada 1973. Ketika di Mesir beliau telah berkenalan dengan keluarga Syed Qutb.


Sesudah kepulangannya ke Jordan beliau telah berhijrah ke Arab Saudi untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di sana. Pada tahun 1979 beliau meninggalkan universiti tersebut untuk berpindah ke Pakistan agar berada hampir dengan suasana Jihad di Afghanistan. Di sana juga beliau mengenali pemimpin-pemimpin Jihad. Semasa mula-mula tiba di Pakistan beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad. Selepas beberapa ketika beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari tugas mengajar di universiti untuk menumpukan keseluruhan masa dan tenaga beliau kepada usaha Jihad di Afghanistan.

Sikap dan pemikiran Abdullah Azzam banyak dipengaruhi oleh suasana Jihad di Afghanistan. Lebih menarik lagi suasana jihad di Afghanistan juga sangat banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau semenjak beliau menumpukan seluruh masanya untuk berjihad. Beliau menjadi seorang yang disegani di medan jihad Afghanistan dan juga di kalangan para pemimpin Afghan sendiri. Beliau telah mencurahkan seluruh daya usahanya untuk menyebarkan dan memahamkan isu jihad di Afghanistan kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Beliau mengubah pandangan umat Islam tentang Jihad di Afghanistan daripada perjuangan rakyat Afghanistan mempertahankan tanah air mereka semata-mata kepada menyedarkan bahawa Jihad adalah tuntutan Islam yang dipertanggungjawabkan ke atas seluruh umat Islam di serata dunia. Berkat hasil usaha beliau, Allah S.W.T. telah menjadikan Jihad di Afghanistan sebagai satu Jihad universal yang disertai oleh ramai umat Islam dari serata pelusuk dunia.

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam tunggak dan simbol pergerakan Jihad zaman ini. Melalui usaha beliau menyertai jihad ini, menyebarkan dan memahamkannya kepada umat Islam menjadikan beliau berjaya mengubah pemikiran umat Islam tentang jihad dan keperluan ummat ini kepada jihad. Beliau menjadi ikon generasi muda yang menyahut seruan jihad. Beliau sangat menghargai Jihad dan amat menekankan keperluan Ummah Islam kepada jihad. Pernah beliau berkata, "Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun di Jihad Afghanistan, 1 setengah tahun di Jihad Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa."

Beliau juga melatih ahli keluarganya dengan kefahaman dan semangat yang sama. Isteri beliau, contohnya, terlibat dengan penjagaan anak-anak yatim dan lain-lain kerja kebajikan di Afghanistan. Beliau sendiri menolak jawatan pensyarah dari beberapa buah universiti sambil berikrar bahawa beliau tidak akan meninggalkan jihad sehingga beliau gugur Syahid. Beliau juga selalu mengatakan bahawa matlamat utama beliau adalah untuk membebaskan Palestin selepas berjaya memerdekakan Afghanistan. Tentu sekali komitmennya yang sebegitu tinggi ini menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh Islam. Akhirnya mereka bersekongkol untuk membunuh beliau. Pada tahun 1989, sebuah periuk api anti kereta kebal telah diletakkan di bawah mimbar yang beliau gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Bahan letupan tersebut adalah sangat merbahaya dan sekira meletup akan memusnahkan masjid tersebut bersama-sama dengan segala-gala benda dan para jemaah di dalamnya. Tetapi dengan perlindungan Allah, periuk-api tersebut tidak meletup dan ratusan orang Islam terselamat.

Musuh-musuh Islam ini terus berusaha tanpa putus asa. Pada hari Jumaat, 24 November 1989 di Peshawar, Pakistan, tiga buah bom telah dipasang di sebatang jalan yang sempit yang sering diambil oleh Abdullah Azzam untuk ke masjid pada hari Jumaat. Beliau meletak kereta di kedudukan bom pertama dan kemudian berjalan ke masjid untuk bersolat Jumaat. Beliau telah terbunuh dan gugur syahid bersama-sama dengan dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-marhum Sheikh Tamim Adnani (seorang lagi perwira Afghan) dengan 20kg TNT (Dinamit) yang diletupkan dengan alat kawalan jauh. Selepas letupan yang kuat itu orangramai keluar beramai-ramai dari masjid dan kelihatanlah satu keadaan yang mengerikan. Hanya sebahagian kecil dari kereta tersebut yang kelihatan. Anak beliau, Ibrahim, melambung sejauh 100 meter; begitu juga dengan dua orang anak-anak lagi. Cebisan mayat mereka berteraburan di atas pokok-pokok dan wayar-wayar elektrik. Tubuh Sheikh Abdullah Azzam pula telah dijumpai bersandar pada sebuah tembok, dalam keadaan sempurna, tiada luka atau kecederaan walau sedikitpun melainkan sedikit darah yang mengalir dari bibir beliau. Begitulah tamatnya kehidupan seorang Mujahid di dunia ini dan insha-Allah menyambung pula kehidupannya di sisi Allah. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Shuhada Pabi di mana beliau menyertai ribuan para Shuhada.


Di antara usaha terbesar beliau di medan jihad Afghanistan ialah penyatuan pihak-pihak pejuang Afghanistan dari pelbagai latar belakang untuk menentang Russia. Orang-orang Afghan yang sememangnya dikenali dengan kekerasan dan perpecahan di kalangan mereka telah berjaya disatukan oleh Abdullah Azzam di bawah satu panji jihad. Sayangnya, selepas beliau syahid, dan selepas Afghanistan berjaya mencapai kemerdekaan dari penjajahan Russia, puak-puak pejuang Afghanistan kembali berpecah dan berperang sesama sendiri.

Beliau juga berjasa dalam menubuhkan briged jihad mujahidin Arab yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk bersama-sama dengan saudara Afghan mereka menentang Russia. Para mujahidin Arab ini telah dididik dan dilatih di kem mereka yang tersendiri. Di antara graduan dari kem tersebut ialah Usamah Ben Laden yang telah bertindak sebagai ketua para mujahidin Arab selepas kematian Abdullah Azzam. Kem ini kemudiannya dijadikan sebagai kem latihan para mujahidin dan pejuang Islam yang ingin berjuang di mana-mana bumi umat Islam yang meletusnya jihad.sehinggalah ianya dimusnahkan oleh Amerika Syarikat sewaktu tercetusnya perang Afghanistan 2001.

Yang pastinya, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, nama beliau akan tetap dikenang sebagai orang yang bertanggung jawab menimbulkan semula kecintaan umat Islam di serata dunia terhadap fardhu jihad yang semakin dilupakan sebelum peperangan Afghanistan.


Rabu, 31 Oktober 2012

Adab Mesyuarat Dalam Islam


Salam sahabat sekalian...
Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT sentiasa. Jika di sekolah hari Rabu mcm hari ni adalah hari sibuk untuk warga sekolah... sb ad Ko-kurikulum... walaupun pekse dah abis dan sebagainya... Ko-ko tetap jalan seperti biasa. Tapi arini sekolah saya ada mesyuarat PIBG. Ad 2 perkare besar yang nak dibincangkan. (jgn sampai maghrib bincang dahlah... hehe)
       
          Sebenarnye nak sentuh tentang adab-adab bermesyuarat kat sini... Sebab kadang-kadang mesyuarat penat-penat, tapi satu keputusan pun tak dapat, begaduh/bemasam yang menjadi dan sbgnya... Jadi tak salah sebelum mesyuarat kita intai2 tentang adab jap...

Adab Bermesyuarat Dalam Islam (dipeti dari: http://solatjemaahjumaat.blogspot.com)

1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
atau seumpamanya.


2. Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليصمت

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.”

3. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith:

لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)

Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

Di dalam hadith yang lain:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها

Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).

4. Meluaskan majlis agar semua yang terlibat dapat ikut serta
5. Memelihara lidah dari perkataan-perkataan yang menyakiti orang lain
6. Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis. Sabda Nabi saw:

‏من جلس في مجلس فكثر فيه ‏ ‏لغطه ‏ ‏فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك

Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca:

سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك

Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari)

Wallahu a’lam.

Dimensi Alam: Moga perbincangan kita diberkati Allah SWT... Time Kasih solatjemaahjumaat.blogspot.com

Isnin, 29 Oktober 2012

With My EOS 650D

 Dapat tak teka ape ni... 
 Yang ni senang sikit kot? 
 Shoot dari dalam umah...
 Harmoninya....
Keto apo yang banyak bona lampu ni...

Guru: Bukan Sekadar Di Kelas...


Dua minggu bertugas di luar sekolah, Kem Pemantapan Aqidah SJKC/SJKT Peringkat Negeri Sembilan 2012 dan sambung terus Kem Kemanisan Iman Peringkat Daerah Kuala Pilah 2012. Tau-tau dah ghayo... hari ini baru betul-betul ke sekolah. Kembali bertugas seperti biasa. Tapi biaselah kalau dah jejak je kaki ke sekolah ni... ade je keje yang menyusul. First skali Final Exam 2012 (esok mule... Allah)... Second Mesyuarat AJK PIBG utk program akhir tahun 2012... Third surat-menyurat nak kene hantar segera... dan yang lain2 tu kecil-kecilan lah macam isi borang penilaian (kan akhir tahun dah ni..), bincang nak buat sukan dan sebagainya...

      Tapi apa yang hendak saya sampaikan... beginilah kehidupan seorang guru. Bukan sekadar mengajar dan mendidik di kelas tetapi turut mengurus beberapa keperluan sekolah, PPD dan JPN. Jangan ceritalah kerja-kerja luar seperti kursus, Fesilitator, Jurulatih Utama, Urusetia, Hakim dan sebagainya di luar sekolah. Siapa yang nampak boleh buat kerja memang tiap tahun nama kene petik... Macam saya tahun ni tambah lagi satu kerjaya dokumentasi... sebab dah ad DSLR skang ni... memang kene je lah... hehe...

       Namun itu semua adalah pengalaman berharga yang membuatkan kita matang dalam mengurus kehidupan. Cabaran dan dugaan yang pelbagai membuatkan kita sentiasa berada dalam Dimensi Taqwa dan Bersyukur. Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik diri ini... Selamat berjuang kepada rakan-rakan seangkatan di luar sana... Moga tidak jemu dengan kerja luar biasa anda... Semoga Allah SWT mempermudahkan segala usaha dan urusan.... Amin.

Ahad, 28 Oktober 2012

Eid Mubarak 2012


SALAM AIDIL ADHA DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Tamadun Islam dan Tamadun Barat 2


Jika ingat akan artikel ni tahun lepas (uuuu... lamenye... hehe) inilah sambungannya... boleh ambik untuk assignment ni... hehe... Mg mengambil iktibar daripada penulisannya...

Permulaan dan Ciri-ciri Tamadun Islam

Di zaman jahiliah, manusia hidup dalam keadaan yang tidak berakhlak. Di nyatakan oleh Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri di dalam kitabnya ‘Sirah Nabawiyyah SAW’ di halaman 44, antara cara perkahwinan masyarakat arab jahiliah

Sekumpulan lelaki yang tidak melebihi 10 orang akan berkumpul lalu menyetubuhi seorang wanita. Semua mereka tanpa terkecuali menyetubuhinya. Apabila wanita itu hamil dan melahirkan anak maka dihantarnya utusan kepada lelaki-lelaki itu. Tidak seorang pun lelaki-lelaki itu yang berupaya untuk mengelak diri melainkan semuanya terpaksa datang berkumpul di sisi wanita itu. Kemudia wanita itu akan berkata kepada mereka: kamu semua tahu apa yang kamu lakukan dan sekarang aku telah melahirkan anak. Anak ini ialah anak kamu hai si polan. Lalu wanita itu menamakan salah seorang lelaki yang disukainya dikalangan mereka, dan anak itu pun dinasabkan kepadanya.[1]

Kenyataan ini sahaja telah menggambarkan keburukan akhlak masyarakat ketika itu. Bukan itu sahaja pelbagai lagi kecelaruan berlaku seperti menilik nasib menggunakan anak panah, menanam atau membunuh anak perempuan dan sebagainya.

Di Kerajaan Rom Kuno pula terdapat satu jalan penyelesaiaan yang zalim dalam menyelesaikan masalah populasi masyarakat ketika itu. Iaitu dengan cara mencari dan menangkap perempuan-perempuan yang berada di kampung berhampiran dan membawanya ke Kota Rom. Perempuan-perempuan ini seterusnya dirogol dan dipenjarakan sehingga melahirkan anak. Perkara ini diceritakan di dalam buku Tamadun Rom susunan Dr Sivacitandralingam dan Ayudurai Letchumanan[2].

Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi Rasulullah oleh Allah SWT ketika berumur 40 tahun dengan membawa akhlak dan budi pekerti yang mulia. Firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 128:

ôs)s9 öNà2uä!%y` Ñ^qßu ô`ÏiB öNà6Å¡àÿRr& îƒÍtã Ïmøn=tã $tB óOšGÏYtã ëȃ̍ym Nà6øn=tæ šúüÏZÏB÷sßJø9$$Î/ Ô$râäu ÒOŠÏm§ ÇÊËÑÈ  

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.[3]

Nabi Muhammad SAW adalah lelaki yang berakhlak mulia dan cucu kepada pemimpin besar Mekah Abd Mutalib daripada keluarga atau keturunan Bani Hashim. Ibunya Aminah seorang perempuan yang baik dan daripada keturunan yang baik. Ayahnya pula seorang peniaga yang baik dan disayangi oleh abang-abang dan datuknya.

Maka bermulalah satu pembaharuan atau satu penghijrahan kepada umat manusia yang dibawa oleh seorang Nabi yang adil dan bijak sehingga digelar oleh orang-orang arab Mekah sebagai Al-Amin. Baginda melalui keperitan dan kegetiran selama 23 tahun berdakwah secara berperingkat mengikut wahyu daripada Allah SWT. Wahyu adalah sandaran ataupun pegangan Tamadun Islam dan menjadi nadi berkembangnya tamadun ini ke serata dunia. Selama 3 tahun secara sulit dan 10 tahun secara terbuka di Mekah serta 10 tahun genap lagi secara terbuka di Madinah, Rasulullah SAW menyampaikan wahyu daripada Allah sebagai ikutan dan amalan juga diterapkan ke dalam kehidupan kaum muslimin. Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS amat bersesuaian dengan fitrah dan akal manusia. Maka gabungan ini membuatkan manusia menyusun kehidupan dengan fikiran yang dipasak oleh wahyu dan perintah Allah SWT di dalam Al Qur’an. Tidak itu sahaja ianya disokong dan diperkemaskan lagi dengan Hadith dan Sunnah Rasulullah SAW.

Antara aspek-aspek yang diterapkan Rasulullah SAW sehingga lahirnya Tamadun Islam yang begitu baik ialah dorongan ilmu dan pengetahuan Islam. Faktor dorongan ajaran Islam ini membuatkan manusia menuntut ilmu dan pengetahuan Islam serta mengamalkannya sehingga ianya menjadi contoh teladan buat manusia lain. Malah satu kewajipan dalam individu muslim untuk memperlihatkan kejayaan dengan mengamalkan cara hidup Islam di dalam diri dan masyarakat[4].

Selain itu Nabi Muhammad SAW menekankan aspek Rabbani atau ketuhanan di dalam penyampaian, perbuatannya dan amalannya supaya menjadi contoh buat sahabat-sahabat dan muslimin seluruhnya. Aspek ini sangat menyerlahkan ketamadunan Islam itu sendiri. Setiap gerak-geri dan perbuatan diikhlaskan kerana Allah dan semata-mata mengharapkan reda Allah SWT. Allah SWT yang memberikan kuasa dan punca segala kehidupan, maka manusia sekadar pemegang amanah.

Nabi Muhammad SAW telah berjaya membuktikan bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang tidak memaksa dan meringankan. Ini membuatkan seluruh muslim dapat menyesuaikan diri dan sedia beramal dengannya. Sudah tentu Allah SWT tidak membebankan manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja orang muslim tetapi ianya turut dirasai dan dinikmati oleh orang bukan Islam yang bernaung di bawah panji Islam sekitar pemerintahan Rasulullah SAW dan juga kuasa-kuasa Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW telah membuatkan orang menerima agama Islam sebagai agama yang sempurna, lengkap dan syumul atau menyeluruh. Agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW juga adalah agama untuk seluruh manusia sejagat dan tidak terhad untuk sesuatu bangsa atau kaum, tempat atau kawasan, masa dan budaya. Ini adalah antara ciri-ciri yang menguatkan Tamadun Islam.

Kesatuan amat terserlah di dalam Tamadun Islam dari pelbagai kaum dan bangsa menjadi satu dibawah akidah Islam yang suci. Walaupun berbeza warna kulit, budaya, percakapan dan sebagainya tetapi akidah yang kukuh menyatukan kesemuanya di bawah panji Islam yang syumul.[5] Setiap yang dicapai oleh manusia dan masyarakat seluruhnya adalah menunjukkan keimanan yang lahir daripada akidah yang kukuh. Ini dibuktikan lagi di dalam sebuah kitab bertajuk ‘Sirah Nabawiyyah SAW’ oleh Safiyyu Ar Rahman Al Mubaraakfuri di halaman 683 yang menyatakan ketika khutbah perpisahan iaitu sebelum kewafatan Nabi muhammad SAW, baginda telah berkhutbah dihadapan 124,000 (atau 144,000) orang sahabat[6].

Tugas Rasulullah SAW bukan sekadar berdakwah, tetapi mendidik dan mentarbiah para sahabat sehingga lahir tokoh-tokoh Islam cemerlang seperti Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah, Khalid Al Walid dan ramai lagi. Para sahabat inilah yang telah membawa Islam ke serata dunia. Didikan dan ajaran Rasulullah SAW melahirkan tokoh-tokoh hebat dalam kepimpinan, ilmu Al-qur’an dan tafsir, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran negara dan sebagainya. Sehinggalah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 Hijrah. Dan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam




[1] Safiyyu ArRahman AlMubarakfuri. (2004). Sirah Nabawiyyah.Kuala Lumpur: Yayasan dakwah Islamiah Malaysia. M/S: 44
[2] Dr Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan.(2008). Tamadun Rom. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd
[3] Al Quran. Surah At Taubah:128.
[4] Mashitah Sulaiman,Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2011).Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Bandar baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia. m/s:57
[5] Mashitah Sulaiman,Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2011).Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Bandar baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia. m/s:57
[6] Safiyyu ArRahman AlMubarakfuri.(2004).Sirah Nabawiyyah.Kuala Lumpur: Yayasan dakwah Islamiah Malaysia.m/s:697