Ringkasan Sejarah Perkembangan Tamadun Islam.
Secara umumnya
Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara
serius di seluruh dunia. Cukuplah dengan menilai semula pidato Sulaiman Al
Qanuni yang mengambarkan kekuasaan Islam sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi
dalam deklarasi Bender, 1536 Masihi:
“Aku Hamba Allah
dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah
umat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad SAW,
iaitu Al Qur’an adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya
disebut-sebut dalam khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad,
Caeser kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke
lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota
dantahta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri.
Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak
kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah
Moldavia”[1]
Pidato ini dipetik
daripada buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh, tulisan Muhammad Syaari Abd Rahman di
halaman xxvi. Ianya sudah memadai untuk menggambarkan kekuatan dan
kekuasaan Islam.
Zaman Khulafa’ Ar Rasyidin
Zaman Khulafa Ar
Rasyidin yang bermula pada 632 Masihi sehingga 661 Masihi menghimpunkan
beberapa siri pembinaan Tamadun Islam. Antaranya ialah pengumpulan dan
penulisan Al-Qur’an pada 633 Masihi. Ketika itu Abu Bakar As Siddiq adalah
sebagai khalifah. Selepas kematian Abu Bakar pada tahun 634 Masihi, Umar
Al-Khattab dilantik menjadi khalifah dan memperluaskan penaklukan Islam ke
Damsyik, Parsi, Syria, Mesopotamia, Palestin, Mesir dan Baitul Maqdis. Ketika
ini juga Madinah membuat duit syiling iaitu pada tahun 640 Masihi. Dan selepas
itu Umar Al Khattab mati dibunuh pada tahun 645 Masihi.[2]
Saidina Uthman bin
Affan telah mengambil alih pemerintahan dan melancarkan beberapa kempen
serangan di Afrika Utara dan Byzantine. 647 Masihi telah berjaya menumpaskan
Parsi. Namun selepas itu berhadapan pula dengan tentangan terhadap
pemerintahannya 648 Masihi dan akhirnya mati dibunuh pada tahun 656 Masihi.
Selepas Ali bin abi Talib dilantik menjadi khalifah, berlakunya satu peperangan yang dinamakan peperangan Jamal. Dan ketika itu pusat pemerintahan dipindahkan ke Kufah pada 657 Masih. Pada 659 Masihi Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah dan Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik. Saidina Ali mati dibunuh pada 661 Masihi dan tamatlah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin manakala Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummayyah.
Zaman Bani Ummayyah
Muawiyah
menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah 661 Masihi. Berjaya
menakluki Kabul, Samarkand dan Tirmiz pada 670 hingga 677 Masihi. Muawiyah
turut melancarkan kempen serangan ke atas Constantinople dan mati pada 680
Masihi.[3]
Yazid I telah menaiki takhta selepas itu dan era ini berlakunya peristiwa
pembunuhan Saidina Hussein. Pada tahun 685 Masihi Khalifah Abdul Malik
menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan juga turut melancarkan kempen
menentang kaum Barbar di Afrika Utara pada 700 Masihi. Pemerintahannya pada
tahun 711 Masihi menyaksikan penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana juga
pada tahun 713 Masihi tentera Islam menakluk Multan. Satu serangan ke atas
Constantinople telah dilakukan tetapi tidak berjaya sama seperti kempen-kempen
serangan sebelum ini.
Pada tahun 717 Masihi, Umar bin
Abdul Aziz telah dilantik menjadi khalifah melalui wasiat khalifah sebelum ini.
Pembaharuan yang hebat telah dijalankan. Tentera Islam juga turut menawan Nimes
di Perancis pada tahun 725 Masihi. Pada tahun 749 Masihi menyaksikan kekalahan
tentera Ummaiyyah di Kufah dan tentera Iraq ditangan tentera Abbasiyyah. Seterusnya
Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah dan kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah
disaksikan pada tahun 750 Masihi[4].
Kerajaan Abbasiyyah
Bermulanya
Kerajaan Bani Abbasiyyah adalah pada tahun 752 Masihi. Pemberontakan Abdullah
bin Ali ketika itu menyebabkan pembunuhan Abu Muslim berlaku. Maka pada 756
Masihi, Abd Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol. Namun
selepas penubuhan kota Baghdad pada tahun 763 Masihi, tentera Abbasiyyah telah
mengalami kekalahan di Sepanyol.
Sultan Harun
Ar Rashid telah dilantik menjadi khalifah pada 786 Masihi. dan melancarkan serangan
ke atas selatan Perancis 792 Masihi. Pada eram inilah kaedah sainstifik dicipta
juga Algebra telah berjaya dicipta oleh Al-Khawarizmi. Beberapa kempen
menentang Byzantine, Pulau Rhodes dan
Cyprus dilancarkan dan mendapat kejayaan. Namun pada tahun 809 Masihi
menyaksikan kewafatan Sultan Harun Ar Rashid dan Al-Amin dilantik menjadi
khalifah seterusnya.[5]
Pada tahun 814
Masihi, perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun telah berlaku dan
Al-Amin terbunuh manakala Al-Ma'mun telah dilantik menjadi khalifah. Beberapa
peristiwa besar berlaku di antaranya ialah Masjid Besar Cordoba siap dibina,
Multan dan Ghur ditawan diantara 1000 Masihi dan 1005 Masihi. Namun pada tahun 1055
Masihi, Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk dan pemerintahan
Abbasiyyah-Seljuk bermula.
Kerajaan
Abbasiyyah-Seljuk telah kekal memerinyah sehingga tahun 1258 apabila tentera
Mongol memusnahkan Baghdad dan Tamadun Islam mengalami kejatuhan. Muhammad
Syaari Abd Rahman di dalam bukunya Kuasa Kepemimpinan Al Fateh ada menyebutkan
kekejaman dilakukan tentera Mongol:
‘Apabila
umat Islam tergelincir daripada orbit Islam, kehinaan yang menakutkan
ditimpakan keatas mereka. Ini persis apa dilakukan oleh 200,000 tentera Hulagu
Khan ke atas 80,000 nyawa umat Islam dan Khalifah terakhir Abbasiyyah, Al
Muktasim Billah. Khalifah , para Pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan
mayat mereka dicampakkan ke Sungai Tigris. Bangunan–bangunan yang menjadi saksi
ketamadunan Islam yang mempelopori sains dirobohkan. Hulagu Khan memusnahkan
bahgdad dengan selogan datuknya, “Perkara yang nikmat dalam hidup kita adalah
mengalahkan musuh, memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga
milik mereka dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka.” ’[6]
Sebelum
daripada peristiwa menyayat hati ini, turut berlaku beberapa siri peperangan
Salib, iaitu antara sejarah peperangan besar dalam perkembangan Tamadun Islam. 1095
Masihi peperangan Salib pertama berlaku. Tentera Salib telah menawan
Baitulmuqaddis dan membunuh semua penduduknya. 1144 Masihi, Nuruddin Zengi tawan
Edessa daripada tentera Kristian dan mencetuskan peperangan Salib kedua. 1187
Masihi, Salahuddin Al-Ayubbi berjaya menawan Baitulmuqaddis daripada tentera
Salib. Perang Salib yang ketiga tetap berlaku pada tahun 1194 Masihi dan tahun
itu turut menyaksikan tentera Muslim menawan Delhi di India. 1236 Masihi Tentera
Kristian berjaya menawan Cordoba di Sepanyol. Dan pada 1258 Masihi Tentera
Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad.
Kebangkitan
Islam kembali berlaku pada tahun 1260 Masihi di mana Kerajaan Bani Mamluk di
Mesir iaitu merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah
& Madinah. Pimpinan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz ketika itu telah
berjaya menyatukan dan membetulkan kembali sistem pemerintahan Islam serta
memelihara kembali kesucian Islam di dalam pentadbiran negara termasuklah
menghapuskan rasuah. Atas usaha beliau tentera Islam telah berjaya menewaskan
tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.
Kerajaan Uthmaniyah
Sebuah
wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah kerajaan Islam Turki Seljuk
ditubuhkan di barat Anatolia pada tahun 1299 Masihi. Pada tahun 1301 Masihi,
Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan dan dengan itu tertubuhnya
Empayar Baru Turki Uthmaniyyah. Pada tahun 1345 Masihi, tentera Islam Turki Seljuk
telah menyeberangi Selat Bosporus dalam memperluaskan penguasaan dan kemenangan
pada tahun 1389 Masihi apabila tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di
Kosovo. Namun Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah
di Ankara pada tahun 1402 Masihi.[7]
Pada tahun
1451 Masihi Sultan Muhammad Al Fateh menjadi pemerintah di bawah Kerajaan Islam
yang kuat dan hebat. Banyak kajian dan telitian dilakukan oleh Sultan Muhammad
Al Fateh. Terutamanya dalam kempen serangan ke atas Kota Constantinople sebelum
ini. Constantinople akhirnya ditawan
oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh pada tahun 1453 Masihi dan
berakhirlah Empayar Byzantine. Sultan Muhammad Al Fateh telah memerintah dan
mengendalikan 28 kempen peperangan sehinggalah baginda mati diracun pada tahun
1481 Masihi.
Sultan
Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan pada tahun 1520 Masihi. Pada Tahun
1526 Masihi berlaku peperangan Mohacs. 1529 Masihi serangan dan kepungan ke
atas Vienna dilakukan oleh tentera Islam dan pada 1571 Masihi Perang Lepanto
pula berlaku. Sultan Sulaiman menggambarkan pemerintahannya dalam satu pidato:
“Aku Hamba Allah
dan sultan di dunia ini. Melalui kurniaan Allah juga aku menjadi pemerintah
umat Muhammad keseluruhannya. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi Muhammad SAW,
iaitu Al Qur’an adalah sahabat setiaku. Aku adalah Sulaiman yang namanya
disebut-sebut dalam khutbah di Mekah dan Madinah. Aku Shah kepada Baghdad,
Caeser kepada Byzantine dan Sultan kepada Mesir yang menghantar armada laut ke
lautan Eropah, Maghribi dan India. Aku adalah sultan yang mengambil mahkota
dantahta Hungary dan menyerahkannya kepada hamba Tuhan yang merendah diri.
Voivoda Petru Raresh mengangkat kepalanya memberontak ke atasku, tetapi telapak
kaki kudaku memijaknya tenggelam menjadi debu. Aku juga yang menawan tanah
Moldavia”. Sumber daripada buku Kuasa Kepimpinan Al Fateh oleh Muhammad Syaari
Abd Rahman.[8]
Pada Tahun 1641
Masihi pemerintahan di ungguli oleh Sultan Muhammad IV. Serangan dan kepungan
ke atas Vienna berlaku buat kali kedua. Dan Sultan Muhammad IV meninggal dunia
1687 Masihi. Beberapa siri peperangan dan pembaharuan serta kemerdekaan
tanah-tanah Barat dan Eropah telah berlaku sehinggalah 1914 Masihi. Ketika ini
Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
Kekalahan
demi kekalahan berlaku dan pada tahun 1919 Masihi, Mustafa Kamal At Tatturk mendarat di Samsun
dan berusaha memusnah dan mengucar-kacirkan sistem kesultanan dan akhirnya dihapuskan.
Berikutan itu Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik dan detik sejarah
sedih berlaku 1924 Masihi apabila pejabat dan sistem khalifah di bawah
pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dihapuskan. Maka tamat pemerintahan Empayar
Turki Uthmaniyyah dan tiada lagi selepas itu kebangkitan berlaku dalam Tamadun
Islam hingga kini.[9]
[1] Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011).
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S:
xxvi.
[2] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[3] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[4] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[5] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[6]Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011).
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S:
xxvi
[7] "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"
[8] Muhammad Syaari Abd Rahman. (2011).
Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Selangor, Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd. M/S:
xxvi
[9]“http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Islam"