Pendahuluan
Kelahiran sesebuah tamadun itu adalah berdasarkan sejarah dan individu yang bertanggung jawab mencetuskannya sehinggalah ianya berkembang dan mempengaruhi peradaban manusia. Tamadun melahirkan pelbagai pencapaian dari segi ekonomi, keilmuan, teknologi dan sebagainya. Pencapaian tersebut mempengaruhi pula keutuhan empayar tamadun tersebut bertahan dan berterusan memerintah atau menjadi rujukan dan panduan seluruh dunia.
Tamadun Islam adalah satu tamadun yang sangat besar di zaman pemerintahannya yang berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin pada tahun 632M (Masihi), zaman Bani Umaiyah pada tahun 661M, zaman kegemilangan Abbasiyyah (zaman keemasan) pada tahun 752M dan zaman Uthmaniyah pada tahun 1243M adalah empayar-empayar Islam terbesar di dunia. Kuasa-kuasa ini lahir dan memerintah dunia selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW pada tahun 11H (Hijrah). Maka meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan dan mengembangkan pelbagai keilmuan dan teknologi hebat sebagai rujukan dunia. Dalam pada itu di alam Melayu tidak lupa juga kepada Empayar Melayu Islam Melaka yang menjadi tumpuan dunia satu ketika dahulu sehingga mendapat perhatian Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511M lalu meruntuhkannya.
Kebangkitan barat pada 1924M merupakan satu peristiwa kesedihan buat Umat Islam selepas Kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah khalifah terakhir Sultan Abdul Hamid II diruntuhkan. Pemergiannya diusahakan oleh kedatangan Mustafa Kamal Attartuk (ada yang manyatakan dia berketurunan yahudi pada sebelah ibunya) pada 1919M dan seterusnya menghapuskan sistem khalifah. Di situlah bermulanya Zaman Kebangkitan Tamadun Barat apabila tidak ada lagi pemerintahan Islam didunia. Maka secara kesimpulan, penulis berpendapat bahawa pemerintahan Islam adalah satu-satunya seteru kuat kepada Tamadun Barat yang berasaskan ideologi yahudi dan kristian memisahkan Islam dihati umat Islam sehingga tidak ada lagi nilai Islam pada individu walaupun zahirnya dilahirkan sebagai Islam.
Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah, ayat 120:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Maka demikianlah usaha-usaha mereka menggerakkan tamadun mereka dengan memusnahkan, memecah-belahkan, memberi fahaman yang salah kepada umat manusia khususnya umat Islam di serata dunia. Jika kita sedari setiap naiknya tamadun Islam maka tamadun barat akan tenggelam. Begitu juga sebaliknya. itulah sebabnya penulis memilih tajuk ini untuk dikupas. Dengan bantuan beberapa buah rujukan dan perbincangan dengan beberapa individu, penulis berusaha untuk memberikan yang terbaik di dalam tajuk ini. Semoga Allah SWT memberkati dan menilai segala usaha ini sebagai amal kebaikan.